fbpx

Ingin Melawat ke Swiss? Peminat ‘Nature’ Pasti Suka Negara Ini!

Swiss merupakan destinasi idaman bagi peminat ‘nature’. Negara ini sangat terkenal dengan pemandangan alam yang memukau termasuklah gunung-ganang dan tasik-tasik yang cantik. Swiss bukan sahaja popular dengan keju dan coklat, malah negara ini juga terkenal sebagai destinasi penggambaran untuk filem-filem hebat seperti James Bond dan drama Korea Crash Landing On You. 

Musim Terbaik untuk Melawat Swiss

Jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain, Swiss hanya merupakan sebuah negara kecil tetapi negara ini mempunyai identiti yang tersendiri, dimana negara ini sangat mewah dengan kecantikan pemandangan gunung-ganang yang diselaputi salji, tasik biru jernih dan rumput yang menghijau. Tidak kiralah dimana pun, asalkan dengar nama Swiss sahaja, terus terimbau betapa cantiknya pemandangan alam di sana. Memang sangat sesuai bagi penggemar ‘nature’ untuk melawat Swiss sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Musim yang terbaik untuk melawat Swiss ialah pada bulan September ke awal Disember iaitu pada musim ‘summer’ dan ‘fall’. Purata suhu di Swiss ketika ini dalam anggaran 20°C sehingga 15°C. Cuaca di Swiss ketika musim ini nyaman sahaja, sesuai untuk anda menikmati keindahan alam di sana. Jika anda menuju ke kawasan pergunungan di Swiss menjelang hujung September dan awal Oktober, anda berpeluang untuk melihat tanda-tanda awal musim luruh. Ketika ini pokok-pokok mula berubah warna dan daun mula berguguran di tanah. 

Tempat ‘Best’ Dilawati di Swiss Bagi Penggemar ‘Nature’!

Matterhorn, Zermatt

Matterhorn merupakan destinasi paling popular di Zermatt. Ini kerana di Matterhorn, terdapat puncak Alpine yang berbentuk piramid dan merupakan satu simbolik bagi negara itu. Matterhorn mempunyai ketinggian 4,478 meter menjadikannya salah satu puncak tertinggi di Pergunungan Alp. Destinasi ini sering dikunjungi oleh pelancong dan pendaki ketika ‘summer’, serta pengunjung yang ingin bermain ski dan papan luncur ketika ‘winter’. Terdapat kereta kabel dan stesen yang disediakan khas bagi pengunjung yang ingin ke Matterhorn ini. Kecantikan pemandangan di kawasan puncak pergunungan ini sangat tidak diragui. Jika anda ingin ke Swiss, jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Matterhorn dan alami sendiri keindahan panorama yang tersergam indah dari puncak piramid itu. 

Oeschinensee, Kandersteg

Tasik Oeschinen terletak di Kandersteg dan terkenal sebagai salah satu tasik yang paling cantik di Swiss. Apa yang istimewa di tasik Oeschinen ini adalah airnya yang berwarna turquoise dan terletak di atas gunung. Pemandangan tasik yang dikelilingi dengan kehijauan dan pergunungan salji ini hanya boleh dilihat ketika ‘summer’. Pada musim ini juga, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di tasik Oeschinen termasuklah mendaki dan berkayak. Oleh kerana tasik ini berada di atas gunung, anda perlu menaiki kereta kabel yang hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk tiba di stesen teratas. Sambil menaiki kereta kabel, anda juga akan disajikan dengan pemandangan ‘nature’ yang sangat cantik. Merakan sepanjang perjalanan untuk tiba di stesen atas merupakan satu perkara penting sebagai memori indah anda di bumi Swiss ini. 

Selain itu, di Oeschinensee juga, anda berpeluang untuk menaiki toboggan dan aktiviti ini dinamakan sebagai Toboggan Run. Menaiki toboggan di trek sepanjang 750 meter ini pasti memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan, lagi-lagi pula anda dapat melihat panorama pergunungan yang menghijau dan bersalut salji. Jangan risau, aktiviti Toboggan Run ini sesuai dinaiki oleh semua peringkat umur termasuklah dewasa dan kanak-kanak. Menarik kan!

The Rhine Falls

Rhine Falls ini terletak di Schaffhausen, sebuah bandar lama yang berada di tepi sungai Rhine. Rhine Falls merupakan air terjun yang terbesar di Swiss dan mempunyai kelebaran sebanyak 150 meter serta berketinggian 23 meter. Jika anda berkunjung ke Schaffhausen, anda boleh melihat air terjun ini dari kawasan khas yang disediakan untuk pengunjung. Tetapi jika anda lebih berani, anda boleh menaiki bot untuk merentas sungai ini dan melihat air terjun ini dengan lebih dekat.

Lauterbrunnen

Lauterbrunnen yang terletak di Swiss ini merupakan kampung yang tercantik dalam dunia. Kampung ini merupakan kawasan terbesar di Swiss yang dikelilingi alam semula jadi dan menjadi destinasi utama bagi pelancong setiap tahun. Apa yang istimewa tentang kampung Lauterbrunnen ini adalah kedudukannya yang terletak di banjaran Alp. Pemandangan alam di kampung ini sangat cantik kerana semuanya dipenuhi dengan gunung-ganang, banjaran yang tinggi, air terjun dan tidak lupa juga tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Selain itu, kediaman yang dibina di kampung ini menyerlahkan lagi suasana kerana seni binanya yang unik dan susunan setiap rumah sangat teratur. Jika anda seorang peminat aktiviti sukan lasak seperti mendaki dan ‘paragliding’, maka Lauterbrunnen merupakan destinasi yang terbaik untuk dikunjungi. Keindahan kampung di Lauterbrunnen ini memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Jadi, sekiranya anda merancang untuk ke Swiss, jangan lupa untuk selitkan kampung Lauterbrunnen ini sebagai destinasi yang ingin dituju. Semestinya anda tidak akan rugi!

Bern 

Bern merupakan ibu negara Swiss dan bandar ini merupakan bandar bersejarah serta dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seni bina bangunan di bandar ini sangat unik dan cantik kerana ianya berkonsepkan zaman abad pertengahan. Anda akan terpukau dengan kecantikan bandar ini dan seolah-olah seperti berada di masa lalu. Di celah-celah bandar ini pula terdapat Sungai Aere yang mengalir menjadikan pemandangan di bandar ini sangat ‘dreamy’!