Menyimpan duit untuk travel boleh menjadi tugas yang sangat mencabar, tetapi bila anda berjaya ia akan menjadi sangat berbaloi untuk anda!
Untuk membolehkan anda mencapai jumlah yang diinginkan, anda perlulah mengubah tabiat tertentu dan mengorbankan sedikit keinginan anda kepada benda yang tidak penting. Jangan risau! Disini kami senaraikan beberapa cara untuk anda menyimpan wang secara kreatif dan mudah untuk travel.
1 Masak di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja
Untuk kebanyakkan orang, makan diluar biasanya adalah punca terbesar untuk kehilangan duit. Ini belum termasuk makanan ringan yang dibeli untuk kudap-kudapan. Semestinya semua ini akan menghabiskan duit anda. Memasak makanan dirumah dan membawa bekal makanan tengahari ke pejabat boleh menjimatkan duit anda sebenarnya.
Semestinya duit itu akan digunakan juga untuk membeli barang masakan, itu sudah semestinya, tetapi jumlah yang digunakan tidaklah sebanyak yang anda akan habiskan jika membeli diluar. Jadi tukarkan dari membeli makanan, ke makanan yang anda masak sendiri dan tentunya makanan yang dimasak sendiri lebih sihat berbanding anda beli di kedai.
2 Aturkan kewangan anda
Menilai keadaan kewangan anda adalah penting supaya anda boleh merancang matlamat anda untuk menyimpan dan memikirkan cara yang sebaiknya untuk menyimpan duit. Sama ada anda melakukan sendiri, atau berjumpa dengan perancang kewangan, and perlu menyusun pendapatan bulanan anda dan perbelanjaan bulanan seperti makanan,barang keperluan dan bil.
Dari sini anda boleh lihat berapa banyak yang anda boleh keluarkan untuk simpanan travel anda. Mempunyai akaun simpanan yang lain juga merupakan salah satu idea yang bagus untuk menyimpan wang anda dari dikeluarkan tanpa sengaja. Ia juga akan memberikan anda kegembiraan bila melihat jumlah yang makin meningkat.
3 Berhenti ‘Impulse buying’
Apa itu impulse buying? Pernahkah anda masuk ke shopping mall hanya untuk makan sahaja tanpa tujuan membeli barang tetapi bila anda keluar, penuh pelbagai barang di tangan anda? ha! Inilah yang dikatakan impulse buying. Impulsive buying ini adalah tindakan yang tidak dirancang atau maksud lain membeli barang yang tidak perlu secara tiba-tiba.
Inilah pentingnya anda membezakan antara keperluan dan kehendak. Sebelum membeli anda perlu berfikir adakah barang yang anda ingin beli ini keperluan?jika tidak ia mungkin hanya kehendak anda.
Anda akan kagum dengan berapa banyak wang yang anda dapat jimatkan bila anda berjaya membezakan keperluan dan kehendak ini.
4 Belajar untuk mengatakan tidak
Bergantung sama ada anda adalah lebih kepada extroverted atau introverted, tips ini mungkin agak mencabar untuk anda.
Kita semua mahu keluar melepak dan berseronok dengan kawan-kawan, tapi tahukah anda ini adalah salah satu punca anda kehabisan duit bulanan. Kita selalu tidak perasan bagaimana dengan keluar berjalan, makan dan keluar malam boleh membuatkan duit kita berkurang dengan cepat.
Menyimpan duit untuk sesuatu maksudnya kita akan mengambil duit dari perkara-perkara yang biasa kita lakukan. Oleh itu,anda mesti menolak aktiviti sosial dimana makanan dan minuman serta jenis perbelanjaan lain yang terlibat.
Walau bagaimanapun, jangan risau. Anda boleh menggantikan semua ini dengan mengajak kawan-kawan anda membuat ‘potluck’ sambal menonton filem di rumah. Aktiviti begini masih boleh mengeratkan hubungan anda bersama kawan anda dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan duit anda juga.
5 Sentiasa kuat dan tetap berdisiplin
Menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi. Sentiasa ingat bahawa kerja keras akan membuahkan hasil dan pengorbanan itu akan menghasilkan ganjaran.
Apabila anda merasa kecewa atau putus asa, cubalah bayangkan betapa berbaloinya simpanan anda ketika memulakan pengembaraan anda seterusnya dan menjalani kehidupan terbaik!