1. Seongsan Ichulbong ( Pulau Jeju)
Letusan gunung berapi telah membentuk kawah gunung berapi ini 5000 tahun yang lalu di Pulau Jeju. Seongsan Ichulbong kini merupakan tapak warisan dunia UNESCO, puncaknya terkenal dengan pemandangan yang indah dari atas, termasuk pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dijumpai telah hidup di sini sejak sekian lama. Akan tetapi, Seongsan Ichulbong paling terkenal dengan pemandangan indah ketika matahari terbit.
2. Kampung Darangee (Honghyeon-ri, Nam-myeon, Namhae-gun, Gyeongsangnam-do)
Darangee, sebuah kampung yang kecil dan terpelihara dari arus kemajuan bandar. Kampung ini terletak di Namhae-gun, menampilkan pemandangan sawah yang luar biasa di lereng-lereng gunung berhadapan laut.
3. Stesen Kyeong Hwa, Jinhae. (Kyeongwha-dong, Jinhae-gu, Gyeongsangnam-do)
Stesen Kereta Api Kyeong-Hwa sangat terkenal pada musim bunga (Cherry Blossoms).
4. Upo (Daedae-ri, Yueo-myeon, Changnyeong-gun, Gyeongsangnam-do)
Berkeluasan 2314 kilometer persegi, Upo adalah kawasan tanah lembap yang terbesar di Korea dan tiga kali ganda saiz Yeouido. Upo telah terbentuk lebih 140 juta tahun dahulu, kawasan paya ini adalah rumah kepada 1,500 tumbuh-tumbuhan dan haiwan, termasuklah beberapa spesis terancam. Pelawat boleh berbasikal atau berjalan di sekitar paya semula jadi yang indah ini.
5. Ladang Garam Jeungdo. (Jeungdo-myeon, Sinan-gun, Jeollanam-do)
Kawasan ini terkenal dengan air lautnya yang jernih, pantai yang lembut dan ladang garam terbentang luas.
6. Gunung Halla (Pulau Jeju)
Gunung Halla merupakan gunung yang tertinggi di Korea terletak di tengah-tengah Pulau Jeju. Gunung ini terkenal dengan para pendaki pada musim Luruh dan Sejuk.
7. Hamyang (Macheon-myeon, Hamyang-gun, Gyeongsangnam-do)
Sawah padi ini terletak di kaki Gunung Jirisan. Pada musim bunga air di sawah ini akan memantulkan pemadangan langit dan awan manakala ketika musim luruh, warna padi bertukar keemasan.
8. Seryang-je (Seryang-ri, Hwasun-eup, Hwasun-gun, Jeollanam-do)
Seryang-Je, merupakan empangan sungai yang telah dibina pada tahun 1969 di Hwasun. Kawasan ini terkenal dengan pemandangan indahnya pada musim bunga dan luruh.
9. Pantai Hyeopjae.(Pulau Jeju)
Pantai yang berpasir putih ini sangat terkenal di Korea kerana air lautnya yang cetek, hanya sedalam 1.2 meter sahaja dan air lautnya yang jernih berwarna turqoise.
10. Seopjikoji (Pulau Jeju)
Pelancong yang kali pertama ke Jeju perlu berhati-hati menyusun atur cara program mereka kerana terlalu banyak kawasan yang menarik sekitar Pulau ini. Seopjikoji merupakan antara tarikan pelancong yang utama Pulau ini. Kawasan ini terkenal dengan rumah api di tebing laut dan merupakan lokasi drama yang terkenal sekitar tahun 2000 iaitu All-in.
11. Gyeongju (Gyeongju-si, Gyeongsangbuk-do)
Gyeongju, merupakan bandar bersejarah yang telah dibangunkan pada zaman Dinasti Shilla. Gyeongju terkenal dengan gelaran Muzim tanpa dinding kerana seluruh bandar ini menyimpan beribu sejarah dan cerita Dinasti Shilla.
12. Gunung Jirisan (Samjang-myeon/Sicheon-myeon, Sancheong-gun, Gyeongsangnam-do)
Terletak pada ketinggian 1915 meter, Puncak Chunwang Jirisan adalah puncak kedua tertinggi di Korea Selatan. Taman negara Jirisan terbentang luas merangkumi lima buah negeri dan tiga wilayah.
13. Kuil Bulguksa (Jinhyeon-dong, Gyeongju-si, Gyeongsangbuk-do)
Disenaraikan sebagai lokasi UNESCO, kuil Bulguksa merupakan kawasan UNESCO yang paling banyak dilawati di Korea.
14. Gunung Seorak. (Goseong-gun/Yangyang-gun/Inje-gun, Sokcho-si, Gangwon-do)
Di puncak gunung ini terkenal dengan “Dinosour Ridge” iaitu banjaran gunung yang berbentuk seperti tulang belakang dinosaur. “Dinosour Ridge” ini terletak pada ketinggian 1200 meter.
15. Cheongsando (Cheongsan-myeon, Wando-gun, Jeollanam-do)
Pada musim bunga, kawasan ini terkenal dengan bunga-bunga “Rape” blossoms dan “Mexican Aster”.
16. Poppy Garden, Paju (Simhak Mountain, Paju-si, Gyeonggi-do)
Kawasan ini terkenal dengan bunga Poppy pada musim panas. Festival bunga poppy juga diadakan setiap tahun pada bulan Jun.
17. Gunung Hwangmae (Mountain, Beoppyeong-ri, Chahwang-myeon, Sancheong-gun, Gyeongsangnam-do)
Pada ketinggian 1108 meter, Gunung Hwangmae adalah puncak tertinggi di banjaran gunung Sobaek, dan terkenal dengan bunga azalea pada setiap musim bunga. Festival ini akan berlangsung dari awal Mei selama dua minggu, dan penganjur mengesyorkan datang pada waktu subuh untuk menangkap gambar yang paling cantik.
18. Gunung Daedun (Wanju-gun, Jeollabuk-do / Geumsan-gun, Chungcheongnam-do)
Gunung ini sangat terkenal pada musim luruh. Antara tarikan utama di gunung ini ialah jambatan gantung Geumgang terletak pada ketinggian 81 meter.
19. Kuil Yongam (Samcheong-ri, Okcheon-eup, Okcheon-gun, Chungcheongbuk-do)
Kuil ini telah dibina pada tahun 552. Ketika zaman pemerintahan Jepun, kuil ini telah dimusnahkan dan dibina semula selepas tamat perang dunia kedua.
20. Yongmori Coast
Yongmori Coast terletak di bahagian Selatan Pulau Jeju. Tarikan utama di sini ialah tebing-tebing batu yang terbentuk oleh hakisan air dan angin sejak beribu-ribu tahun dahulu. Yongmori Coast juga dikenali sebagai “Grand Canyon of Jeju” kerana bentuk tebing-tebing batunya menyerupai Grand Canyon di Amerika.