fbpx

15 Lokasi Wajib Dilawati di Pulau Jeju

1. Seongsan Ilchulbong

??? ? (Spring on Jeju Island)

Juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.

Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.

Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik.

2. Seopjikoji

Insta-image-59

Seopjkoji merupakan teluk yang terletak di sebelah timur Pulau Jeju, berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo.

Seopjikoji menyajikan pemandangan yang indah di sepanjang pesisir pantai di sini terutama di musim bunga. Berbeza dengan kawasan teluk lain di Pulau Jeju, Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang dipanggil ‘songyi’.

Seopjikoji telah dijadikan antara lokasi kegemaran bagi penggambaran drama dan filem Korea antaranya drama popular Korea ‘All-in’.

3. Pantai Hyeopjae

Gimyeong Beach

Pantai Hyeopjae terkenal dengan warna lautnya yang biru dan jernih. Terletak di daerah Hanrim-Eup, Barat Pulau Jeju.

4. Pantai Woljeong

Woljeong beach

Pantai Woljeong merupakan salah satu daripada pantai yang berpasir putih bersih di Pulau Jeju. Kunjungan ke pantai ini pada ketika matahari memancar terang memberikan pemandangan menarik terutama kepada warna air laut.

Menghidangkan pemandangan menarik terutama bagi mereka yang gemar mengambil gambar, di pantai ini juga terdapat banyak café di sepanjang jalan pesisir pantai. Dari pantai ini anda akan dapat melihat kincir angin dan pemandangan kawasan luar bandar yang menarik.

5. Kampung Tradisional Songeup

Songeup Folk Village

Terletak di Mt Halla di Jeju, Seongeup Folk Village adalah pecan kecil yang memaparkan budaya unik di pulau ini seperti batu hitam dari gunung berapi yang bersepah di sekitar sini dan diletakkan juga di rumah penduduk tempatan di sini.

Salah satu daripada batu hitam ini telah diukir dengan patung harubangs, patung seornag lelaki tua. Sebatang pokok yang terdapat di tengah-tengah perkampungan ini juga dipercayai berusia ratusan tahun.

6. Gunung Halla

1011

Gunung Hallasan terbentuk daripada letusan volcano di Pulau Jeju dan sering dianggap mewakili pulau itu sendiri. Di kalangan masyarakat tempatan ‘Hallasan’ adalah Jeju dan Jeju adalah ‘Hallasan’.

Merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan, terdapat 368 gunung-gunang yang lebih kecil dan rendah di sekeliling Gunung Hallasan yang dipanggil Oreums (puncak gunung).

Lawatan ke sini adalah percuma dan tiada bayaran masuk dikenakan kepada para pendaki di gunung ini. Walaubagaimanapun, pendakian di Gunung Hallasan hanya dibenarkan pada siang hari dan pendaki dikehendaki turun semula sebelum matahari terbenam.

Meskipun Gunung Hallasan yang setinggi 1950m adalah yang tertinggi di Korea, ia adalah gunung yang mudah untuk didaki. Kebanyakan pendaki berjaya sampai ke puncak dan turun semula dalam masa sehari.

Para pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan tasik daripada kawah gunung dan pemandangan di sekitar pulau Jeju yang menakjubkan dari puncak gunung ini.

7. Jusangjeolli-dae

jungmun-daepo-jusangjeolli

Jusangjeolli Cliffs terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu apabila gunung berapi Hallasan masih aktif.

Menurut ahli kaji bumi, sewaktu tempoh Pleistocene Period (Pleistocene Period), cecair lava yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus telah meluncur ke laut. Sebaik saja lava ini menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku.

Apa yang menarik tentang batu-batuan di sini adalah bentuk heksagon yang hampir sempurna di setiap sudut seperti ditempa dengan tangan. Malahan bentuk heksagon di Giant’s Causeway di Utara Ireland juga tidak sesempurna bentuk heksagon yang terdapat di sini.

8. Air Terjun Cheonjeyeon

Cheonjeyeon Falls

Tak jauh daripada Jusangjeolli Cliff terdapat air terjun yang terkenal di Pulau Jeju iaitu Cheonjeyeon Waterfall.

Merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun, tingkat pertama daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua. Meskipun kelihatan cetek, kedalaman air di sini adalah 22 meter. Oleh itu para pelawat tidak dibenarkan untuk berenang di air terjun ini.

9. Air Terjun Jeongbang

????????????????????????????????????

Air terjun Jeongbang adalah satu-satunya air terjun di Asia yang terus turun ke laut. Terletak di bandar Seogwipo, bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah 2000 won.

10. Sanbangsan

Sanbangsan

Gunung Sanbangsan terbentuk daripada aktiviti letusan gunung berapi aktif pada kira-kira 700,000 hingga 800,000 tahun dahulu.

Makna bagi ‘Sanbang’ itu sendiri bermaksud gua dia dalam gunung kerana di gunung ini terdapat gua yang terletak pada ketinggian 150 daripada aras laut selain menyajikan pemandangan yang indah.

Penanaman bawang putih dan bawang merah dijalankan secara meluas di sekitar pergunungan Sanbangsan.

11. Yongmori

Yongmeori

Yongmeori Coast merupakan tebing tinggi di sepanjang laluan tepi laut. Tebing dengan jaluran semulajadi di permukaannya ini terhasil daripada hakisan angin sejak ribuan tahun hingga membentuk tebing yang curam dan berjalur, menjadikan kawasan ini lokasi yang digemari oleh pencinta alam semula jadi.

Para pelawat berpeluang untuk melihat Duyung Pulau Jeju yang dikenali juga sebagai ‘Haenyo’ yang menjual hasil tangkapan mereka seperti gamat, sotong dan hasil laut di sepanjang pesisir pantai di sini.

Walaubagaimana pun, kawasan ini ditutup kepada pelawat sewaktu cuaca buruk dan ketika air pasang.

12. Songaksan

jeju2

Songaksan Mountain juga dikenali sebagai 99 puncak kerana mempunyai 99 puncak yang kecil. Jalan dari Kuil Sanbanggulsa di Selatan Jeju ke Songaksan terletak dalam jarak pantai yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. Walaupun tidak  sebesar Hallasan, pemandangan dari puncak Songaksan benar-benar indah. Dari puncak, kita boleh melihat pulau-pulau berhampiran seperti Marado, Gapado dan Hyeongjeseom.

13. Hutan Simpan Jeolmul

Jeolmul Forest

Hutan Simpan Jeolmul terletak di timur laut Hallasan di Pulau Jeju. Jeolmul Oreum, gunung utama di taman ini, terkenal dengan hutan cedar Jepun yang indah. Jeolmul Oreum adalah kira-kira 697m tinggi dan terbentuk dari aktiviti gunung berapi. puncak ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan. 

14. Ladang Teh Hijau, Osulloc.

Osulloc Green Tea Farm

Di Muzium O’sulloc, bukan sahaja pelawat boleh menikmati teh o’sulloc yang unik, tetapi mereka boleh berehat di sebelah kolam teratai . Tingkat dua bangunan ini mempunyai balai cerap, jadi pengunjung boleh menikmati pemandangan ladang teh hijau yang berhampiran dan landskap sekitarnya.

15. Air Terjun Cheonjiyeon

jeju_waterfall-resized-600

Air Terjun Cheonjiyeon bermaksud “langit yang berkaitan dengan tanah,”  Air terjun ini adalah 22m tinggi, 12m lebar dan 20m secara mendalam.