Aktiviti mendaki gunung bukan perkara asing bagi rakyat Malaysia, boleh kata rakyat Malaysia antara yang terkenal di dunia dengan aktiviti mendaki. Di Malaysia juga terdapat gunung-gunung tinggi yang popular dan menjadi buruan para pendaki dari seluruh dunia. Kepada kaki gunung, jika tak berkesempatan ke luar negara, ini  antara gunung tinggi di Malaysia yang boleh anda tawan.

1. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah ini merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Walaupun terdapat sedikit pertikaian, namun Gunung Kinabalu jika diukur dari segi persempadanan geografi masih tetap merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau anda mahu menempah nama ‘menawan’ gunung tertinggi di Asia Tenggara, silalah mendaki Gunung Kinabalu.

2. Gunung Trusmadi

Turut Terletak di Sabah, Gunung Trusmadi merupakan gunung ke-2 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter. Salah satu keistimewaan, Gunung Trusmadi mempunyai hutan yang kaya dengan flora yang bernilai untuk perubatan.

Gunung Trusmadi terletak di daerah Tambunan, iaitu sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo.

3.  Gunung Tambuyuko

Gunung Tambuyukon merupakan gunung ke-3 tinggi di Malaysia dan paling menarik, gunung ini merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocer yang merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di negeri Sabah. Gunung Tambuyukon mempunyai ketinggian 2,579 meter dari aras laut.

4. Gunung Murud

Gunung Murud yang terletak di Sarawak ini memiliki ketinggian setinggi 2,438 meter menjadikan ia tempat ke-4 dalam senarai gunung tinggi di Malaysia. Selain itu, Gunung Murud turut dikenali sebagai gunung batu pasir paling tinggi di Sarawak.

5. Gunung Mulu

Gunung Mulu juga terletak di Sarawak. Selain terkenal sebagai gunung ke-5 tinggi di Malaysia, Gunung Mulu turut terkenal kerana memiliki susunan batu yang cantik dan gua-gua bersejarah. Keseluruhannya, Gunung Mulu memiliki ketinggian setinggi 2,371 meter.

6. Gunung Tahan

Gunung Tahan memiliki ketinggian setinggi 2187 meter terletak di negeri Pahang dan merupakan gunung paling tinggi di semenanjung Malaysia. Gunung yang terletak di Taman Negara Negeri Pahang ini turut menjadi titik sempadan antara negeri Pahang dan Kelantan.

7. Gunung Korbu

Gunung Korbu memiliki ketinggian setinggi 2,183 meter terletak di negeri Perak. Selain sebagai gunung ke-7 tinggi di Malaysia, Gunung Korbu turut dikenali sebagai gunung paling tinggi di Banjaran Titiwangsa.

8. Gunung Yong Belar

Gunung Yong Belar memiliki ketinggian setinggi 2,181 meter. Menariknya, gunung yang cantik ini terletak di sempadan 3 negeri iaitu negeri Perak, Pahang dan Kelantan. Selain itu, gunung ini turut mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas yang bernilai untuk perubatan.