fbpx

GROUP TRIP
Pakej Pulau Jeju & Udo
6 HARI 4 MALAM

"MELAWAT TEMPAT RAHSIA MUSIM LURUH di jeju"

Play Video

PERBEZAAN KAMI VS YANG LAIN?

Melawat lokasi rahsia musim luruh

Ramai orang ke Jeju tak jumpa daun warna-warni musim luruh. Memang betul, sebab semua tempat ini tersorok dan bukan tarikan utama. Hanya Jeju Muslim Travel saja tahu sebab kami dah explore Jeju sejak 2013.

makanan halal

Kami akan bawa anda menikmati makanan tempatan yang halal. Kena berhati-hati ya sebab restoran di Jeju sangat terkenal dengan masakan Pork, jika tersalah masuk restoran "Opps" bahaya.

Melawat Udo Island

Kami satu-satunya Syarikat yang bawa anda ke Pulau Udo.

Lesen Jeju Tourism

Satu-satunya Agensi pelancongan milik rakyat Malaysia yang dianugerahkan lesen pelancongan oleh Jeju Tourism Administration. Kami juga mempunyai Hotel dan Pejabat sendiri di Jeju.

Hotel dekat Dongmun Market

Jarak dari Hotel kami ke Dongmun Market hanya 250m sahaja. Pada waktu malam anda boleh membeli belah sendiri tanpa perlu menaiki taxi atau bas.

Petik Oren di Ladang

Di jeju terkenal dengan ladang oren tetapi kat mana nak petik buah? Kami akan bawa anda ke lokasi rahsia kami di mana anda dapat rasai sendiri pengalaman memetik Buah Oren.

Apa kata Pelanggan kami

Lebih 8000 orang telah memilih kami

Tarikh & HARGA Pakej jeju

Adult Child with bed (Below 7 Y/O) Child w/o Bed (Below 7 y/o) infant
RM4720
RM4620
RM4420
RM800
RM4420
15 TERAWAL
RM4320
15 TERAWAL
RM4120
15 TERAWAL
RM800

Tarikh perlepasan

  • 12-17 Sep 2024 (Full)
  • 17-22 Okt 2024 (Full)
  • 22-27 Okt 2024(Full)
  • 30-04 Nov 2024
  • 01-06 Nov 2024
  • 06-11 Nov 2024
  • 08-13 Nov 2024
  • 13-18 Nov 2024
  • 15-20 Nov 2024

PAKEJ ADALAH TERMASUK

PAKEJ TIDAK TERMASUK

Itinerary

Day 1 Kuala Lumpur – Jeju

  • Berlepas ke Jeju menaiki penerbangan Air Asia X

Day 2 Jeju Utara (Lunch & Dinner)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon seawal jam 6AM. Bertolak ke Gimpo Airport untuk berlepas ke Jeju island pada jam 1250 PM.
  • Tiba di Pulau Jeju dan daftar masuk ke Hotel untuk menyimpan barang-barang.
  • Makan Tengahari.
  • Melawat gunung tertinggi di Korea iaitu Hallasan Mountain.
  • Melawat lokasi rahsia daun warna-warni musim luruh (Pada peak autumn sahaja, setiap tahun waktu peak autumn berbeza)
  • Melihat Ogsae (Eulala Flower) di lokasi Rahsia kami.
  • Yongduam Rock & Yeohyeon Bridge
  • Membeli belah di Dongmun Market dan Jungang Mall.
  • Makan Malam.

Day 3 Jeju Timur (Breakfast,Lunch & Dinner)

  • Sarapan Pagi
  • Bertolak ke Gimnyeong Beach. Kita akan memandu di tepi laut menikmati keindahan air laut yang jernih dan pemandangan kincir angin.
  • Berhenti di Woljeong Beach yang penuh dengan cafe-cafe yang terkenal di Pulau Jeju.
  • Berhenti untuk makan tengahari.
  • Melawat Seongsan Ilchulbong, sebuah bukit yang terbentuk dari letusan gunung berapi. Anda boleh mendaki selama 30 minit sekiranya ingin melihat bekas kawah gunung berapi.
  • Bertolak ke Seopjikoji Lighthouse  yang terkenal kerana drama Korea, All-In.
  • Sebelum pulang ke Hotel, singgah di  Songeup Folk Village, sebuah kampung tradisional berusia 200 tahun.
  • Makan Malam dan pulang ke Hotel.

Day 4 Jeju Selatan (Breakfast, Lunch & Dinner)

  • Sarapan Pagi
  • Bertolak ke Selatan Jeju dan melawat destinasi pertama iaitu Jusangjeolli Cliff dan Cheonjeyeon Waterfalls. 
  • Makan Tengahari
  • Melawat Yongmori Coast atau dikenali sebagai Jeju Grand Canyon.
  • Melawat Ladang Oren
  • Melawat Ladang Osulloc Green Tea & Innisfree House
  • Makan malam dan pulang ke Hotel.

Day 5 Udo Island (Breakfast & Dinner)

  • Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak ke Jeti Seongsan untuk menaiki Feri ke Pulau Udo.
  • Menaiki Feri selama 15 minit ke Pulau Udo.
  • Aktiviti bebas selama 3 jam di Pulau Udo. Anda meneroka Pulau ini sama ada menggunakan Basikal, Bas ataupun Skuter.
  • Setelah itu, kembali ke Hotel dan anda bebas untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
  • Makan Malam.

Day 6 Jeju – Kuala Lumpur (Breakfast)

  • Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Jeju untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

BERMINAT UNTUK TEMPAHAN?